Sepang 1000km: Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia buat persiapan rapi ketahanan jentera

Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia bermula dengan terbaik apabila menghuni ranking kelima secara keseluruhan sesi kelayakan Kejohanan Sepang 1000km 2024, hari ini. 

Kategori Malaysia Touring Car (MTC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu menyaksikan empat pasukan pendahulu adalah milik dua pasukan daripada Honda Malaysia Racing Team, R Engineering dan Hirev Dream Chaser. 

Bagi duo pelumba Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia, Naquib Azlan-Mitchell Cheah, menyatakan walaupun perlumbaan esok tampak mencabar, namun segala persiapan untuk memacu Toyata Vios berwarna hitam dengan nombor 37 itu berjalan lancar bagi mengharungi perlumbaan yang dijangka makan masa hampir 9 jam.

“Kami dapatkan model baru, Vios GT7, pada tahun ini dan banyak buat ujian selama setahun ini untuk pastikan ia di tahap terbaik untuk perlumbaan esok. 

“Kami sudah buat sebaik mungkin, krew juga sudah buat yang terbaik, tinggal lagi nak berlumba selama sembilan jam esok,” kata Naquib. 

Mitchel Cheah turut optimis dan sudah bersedia menjelang perlumbaan sebenar esok. 

“Ini tahun pertama saya bersama Toyota dan setakat ini kami meraih pencapaian yang baik. 

“Saya rasa keputusan kelayakan untuk pasukan tetapi esok akan menjadi perlumbaan yang panjang membabitkan 1000km dan 81 pusingan,” katanya. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply