Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain, mempertaruhkan barisan terbaiknya menjelang pertemuan pusingan pertama Unifi Piala Malaysia 2024 berdepan Kuala Lumpur (KL) City, di Stadium Darul Aman, sebentar lagi.
Syafiq Ahmad dan Sony Norde diberikan tanggungjawab di jentera serangan untuk menembusi benteng pertahanan The City Boys selain akan dibantu Sukhrob Nurullaev, Ebenezer Assifuah dan Amirul Hisyam.
Dalam pada itu, benteng pertahanan bakal dikawal Ifwat Akmal selaku penjaga gawang dibantu barisan pertahanan Cleylton Santos, Ariff Farhan dan Irfan Zakaria bagi mengekang asakan anak buah Miroslav Kuljanac.
Kem KL City pasti akan memberikan cabaran dengan misi bawa pulang tiga mata penuh dengan kepulangan beberapa pemain kebangsaan seperti Haqimi Azim, Paulo Josue, Azri Ghani, dan Zhafri Yahya.
Kesebelasan utama bagi 2⃣ perlawanan jam 9 malam ini!
Saksikan siaran langsung perlawanan:-
▶️ KDA vs KLC di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO
▶️ KDN vs PRK di Astro Arena Bola 2 (804) dan Astro GO.#UnifiPialaMalaysia2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/izBojw71tO
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 22, 2024
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.