Masters China: Wakil tuan rumah sekat hajat Pearly Tan-M.Thinaah ke separuh akhir

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur apabila langkahnya dalam Kejohanan Badminton Masters China terhenti selepas tewas dalam aksi straight set 16-21, 17-21 kepada wakil tuan rumah, Liu Sheng Shu-Tan Ning, di Shenzen, China sebentar tadi.

Perlawanan bermula sengit dalam set pertama dengan kedua-dua beregu saling berkejaran mata hingga kedudukan terikat 12-12.

Namun, perlawanan terpaksa dihentikan seketika selepas bulu tangkis pukulan Liu Sheng Shu mengenai mata M.Thinaah hingga menyebabkan aksi terhenti susulan pemain berusia 26 tahun itu perlu menerima rawatan di luar gelanggang.

Kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya pilihan kedua kejohanan dari China itu untuk menang 21-16 dalam set pertama.

 

Misi Pearly-Thinaah untuk mengheret lawan tuan rumah itu ke set penentuan apabila mereka bergelut untuk bangkit dalam awal set kedua selepas ditinggalkan dengan jurang 10 mata untuk pasangan China itu mendahului 14-4.

Momentum itu diteruskan wakil dari China walaupun Pearly-Thinaah cuba merapakan jurang kepada 15-17, namun sudah terlambat untuk wakil China itu meneruskan kemaraan dengan kemenangan 21-17 dalam tempoh 48 minit perlawanan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply