Menjelang pertemuan pusingan pertama Unifi Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman (KDA) berdepan Kuala Lumpur (KL) City, ketua jurulatih The City Boys, Miroslav Kuljanac, tidak mahu mengambil ringan terhadap beberapa isu yang melanda pasukan tuan rumah ketika ini.
Kuljanac juga enggan menjadikan isu tunggakan gaji dan khabar angin kehilangan pemain serta jurulatih sebagai kelebihan buat skuad Warga Kota itu mudah buat mereka membenam Sang Kenari di Stadium Darul Aman, malam ini.
Kepulangan beberapa pemain kebangsaan seperti Haqimi Azim, Paulo Josue, Azri Ghani, dan Zhafri Yahya memberikan kelegaan buat Kuljanac dalam merencanakan taktikal terbaik bagi menghadapi saingan piala berprestij itu.
? Piala Malaysia 2024 Campaign starts tonight! ?
⚽️: Kedah Darul Aman FC V KL City FC (1st Leg)
⏱: 9:00pm
?: Stadium Darul Aman, Alor Setar#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/ImMOgN0RgK— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 22, 2024
“Perkara paling penting adalah para pemain tidak berada dalam kecederaan. Semua kelab punyai masalah, tetapi saya sentiasa melihat kelab saya dan pasukan dahulu. Saya menjangkakan perlawanan yang sukar (malam ini).
“Saya perlu menjadi realistik dan sentiasa fokus perlawanan demi perlawanan. Sasaran saya adalah bagaimana untuk menang dalam perlawanan pusingan pertama, dan dapatkan keputusan yang terbaik.” katanya.
A little sparring training with our extension team ?? #klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/mDR7eJyAkz
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 16, 2024
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.