MotoGP: Gaji Marc Maquez kini bernilai RM60 juta setahun

Selepas perpindahanya daripada pasukan Ducati Gresini Racing MotoGP  ke Ducati Lenovo, Mar Marquez dilihat ketika ini sedang gigih menyesuaikan diri bersama jentera barunya bersama pasukan itu dalam sesi latihan pra musim yang berlangsung di Litar Montmelo, Barcelona baru-baru ini.

Manurut laporan memdia antarabangsa, gaji terkini yang diterima bersama pasukan itu adalah sebanyak 12 juta Euro setahun atau lebih kurang sekitar RM60 juta.

Wow, banyak dan itulah harga yang perlu dibayar oleh Ducati Lenovo kepada juara dunia enam kali itu untuk membawa jenama mereka di atas litar bagi musim 2025 yang bakal diharungi nanti.

Menurut Tuttomercatoweb, gaji yang diterima Marquez itu sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang sedang dibayar oleh Ducati Lenovo kepada seorang lagi penunggangnya iaitu Frencesco Bagnaia iaitu sekitar 7 juta Euro atau bersamaan sekitar RM32 juta setahun.

Ducati Lenovo ketika ini telahpun mengikat kontrak bersama pelumba Sepanyol itu selama dua tahun.

Bagaimanapun Marquez turut perlu membayar harga lain juga selepas memilih untuk bersama dengan pasukan itu iaitu terpaksa melepaskan beberapa penaja yang telah bersamanya sebelum ini.

Salah satunya termasuklah Red Bull kerana Ducati Lenovo telahpun memiliki kerjasama dengan pihak Mojnster Energy yang merupakan pesaing bagi Red Bull.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply