Bekas pemain Manchester United Marnick Vermij membuat satu pengakuan yang agak mengejutkan dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya sudahpun muak dengan dunia bola sepak profesional.
Malah dia yang pernah menyarung jersi Man U di bahagian pertahanan itu kini lebih memilih kerjaya sebagai posmen berbanding sebagai pemain bola sepak seperti sebelumnya.
Vermij yang juga merupakan produk akademi The Reds Devils pernah bermain untuk pasukan itu bawah 18 tahun sebelum dinaikkan pangkat ke skuad utama pada 2012 di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Baginya kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional sepenuh masa telah membataskan waktu sosialnya terutamanya bersama keluarga.
“Saya sudah muak dengan bola sepak profesional. Sekarang sebagai posmen saya boleh bangun seawal pukul 4 pagi, tetapi saya masih ada masa untuk pulang ke rumah tengah hari dan luangkan masa bersama keluarga.” Katanya menurut Manchester Evening News.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.