Netflix Akan Menawarkan Siaran Langsung, PLE dan Kandungan Arkib WWE Di Malaysia Bermula 7 Januari

Berita baik bagi peminat sukan gusti di Malaysia kerana seperti kami laporkan dua hari lalu, kandungan WWE akan ditawarkan secara langsung di Netflix bermula 7 Januari 2005. Pada awalnya kami laporkan hanya kandungan Smackdown, RAW dan NXT sahaja akan ditawarkan.

Tetapi hari ini Netflix mengesahkan kandungan acara langsung premium (PLE) seperti Wrestlemania, Royal Rumble dan SummerSlam bersama dengan kandungan terpilih daripada arkib WWE juga akan turut ditawarkan kepada semua pengguna global. Pengguna di Amerika Syarikat pula tidak menerima tawaran yang sama dengan kandungan PLE WWE akan kekal di Peacock.

Di bawah persetujuan antara Netflix dengan TKO (syarikat induk WWE) yang melibatkan $5 bilion selama 10 tahun, Netflix menerjah masuk pula ke arena penstriman sukan selepas selama ini hanya berjinak-jinak dengan penstriman acara komedi dan kelak acara anugerah Screen Actors’ Guild. Hanya beberapa minggu lalu mereka menawarkan acara tinju Mike Tyson melawan Jake Paul sehingga penstriman terjejas akibat trafik terlalu tinggi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply