ShopeePay Meningkatkan Had Dompet Ke RM9999 Dengan Pengesahan eKYC

Shopee hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mula menaikkan had had dompet digital ShopeePay mereka bermula 4 Disember 2024 ini. Dari had asal RM4999, mereka akan meningkatkannya ke RM9999.

Untuk mendapatkan peningkatan had dompet digital ini, Shopee mengatakan bahawa pengguna perlu melengkapkan proses eKYC (Know Your Customer) untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pemilik sah akaun ShopeePay tersebut.

Pihak Shopee juga telah memperlihatkan langkah-langkah mudah bagaimana untuk melengkapkan proses eKYC tersebut, dimana anda perlu memasuki menu profil “Me”, dan kemudiannya menekan butang ShopeePay. Aplikasi tersebut akan meminta anda untuk melengkapkan proses eKYC, dan anda hanya perlu tunggu untuk pengesahannya.

Dalam cubaan kami, proses eKYC ini sudahpun boleh dilengkapkan bermula hari ini untuk anda menikmati penambahan had pada dompet digital ShopeePay. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi sekiranya had nilai pinjaman ShopeePayLater juga akan dinaikkan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply