Hari raya hanya beberapa hari sahaja lagi. Mak ayah sudah boleh mula memberi pesan pada anak-anak tentang perkara yang tak boleh dibuat semasa hari raya nanti. Lebih elok pesan awal supaya anak-anak lebih beringat.
Mak Ayah Pesan Pada Anak
Sudah menjadi kelaziman amalan ziarah menziarahi setiap kali hari raya menjadi rutin wajib setiap tahun. Ketika inilah kita dapat berjumpa saudara mara serta rakan dan taulan.
Bagaimanapun dalam kemeriahan meraikan hari raya, jangan lupa mendidik anak-anak tentang soal adab. Ia perlu dilakukan secara konsisten agar anak-anak lebih terdidik dan mendengar kata. Maka sebab itulah elok ‘berpesan’ lebih awal kepada anak-anak sebelum tibanya hari raya.
Artikel lain: Resepi Biskut Raya Coklat Mudah, Tanpa Guna Oven! Boleh Buat Kudapan Mama Dalam Pantang Ketika Hari Raya
Perkara Yang Tak Boleh Dibuat Hari Raya Nanti
Pesan awal pada anak-anak 10 kelakuan yang tidak boleh dibuat pada hari raya nanti:
1. Jangan bersungut nak balik.
2. Jangan meminta minta duit raya.
3. Jangan ambil mainan & barang orang.
4. Jangan explore berlebihan & masuk bilik orang.
5. Jangan merungut panas panas!
6. Jangan merengek jika tak dapat kemahuan hati.
7. Jangan menyampuk orang tua bercakap.
8. Jangan kurang ajar, jaga adab!
9. Jangan cakap kuih tak sedap.
10. Jangan terjerit-jerit tanpa sebab.
Moga anak-anak kita bila kita pergi beraya lebih terpelihara akhlak mereka. Didik anak-anak sejak dari kecil lagi supaya adab ini terus diamalkan sehingga mereka besar nanti.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Baca lagi: Modal Tak Lebih RM10, Boleh Buat Kacang Botak Berempah. Kudapan Hari Raya Memang Superb
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.