WhatsApp Bakal Menyertakan Butang Nyahlanggan Untuk Henti Menerima Mesej Spam Promosi Perniagaan

WhatsApp hari ini telah mengumumkan sokongan menjana transkrip dari mesej audio. Satu lagi ciri menarik yang belum diaktifkan tetapi sedang diuji adalah ciri yang boleh membendung spam dari pelbagai mesej promosi perniagaan yang menjengkelkan. Dengan kata lain, butang nyahlanggan.

Umum sedia maklum yang WhatsApp membenarkan pelbagai perniagaan mencipta akaun WhatsApp sendiri untuk berkomunikasi dengan pelanggan sama ada menjadi tempat melakukan pesanan, khidmat bantuan pesanan atau tukang hantar mesej promosi. Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.

Jika anda menyertai mana-mana mesej WhatsApp ini mungkin Shopee, WhatsApp sendiri, Meta, Max dan lain-lain, anda akan kerap menerima mesej sama ada setiap hari atau secara mingguan. Shopee setakat ini paling menjengkelkan dengan kerap memberi peringatan baucar akan tamat tempoh dan spam pelbagai mesej jualan promosi. Pengguna boleh tekan pilihan minat, tidak minat atau terus berhenti menerima mesej dari satu perniagaan.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diberikan kepada semua pengguna.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply