Image by Freepik
GUNA PERALATAN YANG SESUAI DENGAN KONDISI DIRI
Di gimnasium, anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis peralatan senaman yang mungkin kelihatan menarik untuk dicuba.
Namun, sebagai seorang pemula, elakkan daripada terus menggunakan peralatan secara sembarangan tanpa memahami fungsinya. Setiap alat direka untuk tujuan tertentu, dan cara penggunaannya yang betul sangat penting.
Menggunakan peralatan yang sesuai bukan sahaja membantu anda mengelakkan kecederaan, tetapi juga memastikan setiap sesi senaman anda lebih berkesan.
Jika tidak tahu cara penggunaan, jangan malu untuk bertanya kepada jurulatih atau staf gym. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, malah mengelakkan anda membuang masa dengan senaman yang kurang memberi hasil.
Image by master1305 on Freepik
PERSEDIAAN RAPI SEBELUM KE GYM
Seperti mana-mana aktiviti fizikal lain, bersenam di gym juga memerlukan persediaan yang rapi, baik dari segi fizikal mahupun mental. Tanpa persediaan yang mencukupi, anda mungkin tidak dapat memberikan yang terbaik dalam sesi senaman anda.
Contohnya, jika anda merancang untuk ke gym esok, pastikan malam sebelumnya anda tidur awal dan mendapatkan rehat yang cukup. Badan yang segar dan bertenaga akan membantu anda menjalani latihan dengan lebih fokus dan efektif.
Selain itu, siapkan pakaian dan kelengkapan senaman lebih awal untuk mengelakkan kelam-kabut dan memastikan mood kekal positif sepanjang hari. Bersedia dengan baik, hasil pun pasti lebih memuaskan!
KEKAL OPTIMIS DAN REALISTIK
Jangan mengharapkan perubahan luar biasa hanya selepas dua atau tiga hari di gym. Perjalanan kecergasan memerlukan masa, kesabaran, dan komitmen.
Oleh itu, penting untuk anda bersikap realistik terhadap sasaran anda, tetapi pada masa yang sama kekalkan semangat optimis untuk terus berusaha.
Kunci kejayaan ialah konsistensi dan kesungguhan. Untuk memastikan senaman anda lebih efektif, dapatkan bimbingan daripada personal trainer.
Mereka bukan sahaja dapat membantu anda menggunakan peralatan dengan betul, tetapi juga merangka pelan latihan yang sesuai dengan keperluan dan matlamat anda. Dengan panduan daripada mereka yang pakar, impian kecergasan anda pasti lebih mudah dicapai!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.