KUALA LUMPUR – Penuntut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Junlmaat, atas satu pertuduhan memijak pelatih tahun satu, hingga mangsa mengalami retak tulang belakang dan rusuk, bulan lalu.
Mohd Adil Awang Ghani yang memakai baju kemeja putih, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim.
Mengikut pertuduhan, pemuda itu dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq Iqbal memijak perut mangsa dengan dengan memakai kasut but ‘spike’.
Kesalahan didakwa dilakukan padang kawad, akademi latihan ketenteraan UPNM pada jam 10.45 malam,21 Oktober lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut seksyen 323 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, media melaporkan, satu lagi kejadian buli berlaku di universiti itu, membabitkan pelatih tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan belakang.
Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti sama, ditekap seterika oleh penuntut tahun empat.
Pihak polis berkata, ketika kejadian mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
Mangsa yang berusia 19 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan terbabit dipercayai akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.
AKAN MENYUSUL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.