Siri pada iOS 18 adalah jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan iterasi terdahulu. Tetapi jika dibandingkan dengan Gemini atau ChatGPT, ia seakan bayi sedang bertatih sedangkan orang lain sudah mula berlari. Menurut laporan Bloomberg, kekurangan Siri akan diselesaikan menerusi versi baharu yang akan dilancarkan menjelang 2026.
Versi baharu ini sedang dibangunkan dengan nama “LLM Siri”. Dengan bantuan model bahasa raya, Siri akan dapat berbual seperti manusia sebenar yang boleh dilakukan Gemini dan ChatGPT. Ujian dilakukan pada iPhone, iPad, dan Macs dengan ia dijangka diperlihatkan pada penghujung 2025 dengan ia diberikan kepada pengguna bermula 2026.
Kemampuan untuk bercakap seperti manusia serta memahami perbualan menggunakan bahasa yang lebih semula jadi akan memberikan pengalaman interaksi yang lebih memuaskan. Isu kami dengan Siri dan Google Assistant ialah ia masih lagi kedengaran seperti bercakap dengan sebuah robot.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.