KUALA LUMPUR – Pelajar senior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa mencederakan pelajar tahun satu dengan memijak pelajar junior itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada jam 9.20 pagi.
Suspek yang memakai baju kemeja putih dibawa ke mahkamah dengan diiringi beberapa anggota polis.
Dia akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan suspek kes buli seorang penuntut tahun satu UPNM yang cedera parah akibat dipijak penuntut senior akan dituduh di mahkamah pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, pertuduhan berkenaan akan dilakukan di mahkamah pada jam 9 pagi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.