WhatsApp hari ini mengumumkan pengenalan sokongan transkrip untuk mesej suara – sekaligus membolehkan para pengguna untuk membaca sesuatu mesej suara yang diterima tanpa perlu memainkannya. Ciri ini sangat berguna sekiranya anda berada di luar pejabat atau rumah dengan persekitaran yang bising, sekaligus membolehkan anda membacanya tanpa perlu mendengar mesej berkenaan melalui speaker peranti yang kuat.
WhatsApp mengatakan transkrip untuk sesuatu mesej suara berkenaan dijana terus dalam peranti, tanpa menghantar ia ke pelayan – memastikan mesej tidak dibaca dan disulitkan.
Buat masa ini, ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Mereka yang telah menerimanya, boleh ke halaman Settings > Chats > Voice Message Transcripts.
Untuk makluman, WhatsApp hanya menyokong bahasa Inggeris, Portugis, Sepanyol dan Rusia untuk peringkat permulaan ini. WhatsApp mengatakan akan menambah sokongan untuk lebih banyak bahasa bergerak kehadapan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.