OpenAI Pertimbang Untuk Membangunkan Pelayar Web Tersendiri Untuk Bersaing Dengan Chrome

OpenAI pada hari ini sedia menawarkan perkhidmatan ChatGPT, serta enjin carian berasaskan kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, OpenAI dilihat menyasarkan dengan lebih aktif terhadap Google, dan dilaporkan telah pertimbangkan pembangunan pelayar web alternatif Chrome mereka tersendiri.

Melalui enjin carian berkenaan, OpenAI menyasarkan untuk mengintegrasikan sokongan ChatGPT dan enjin carian mereka. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia tidak diketahui tahap pembangunan idea berkenaan, dan sama ada ia diteruskan atau sebaliknya. Untuk makluman, OpenAI sedia menawarkan pemalam untuk Chrome, yang menggantikan penggunaan Google pada bar alamat terus kepada enjin carian ChatGPT.

Pada hari ini sendiri, terdapat sejumlah pelayar web dipasaran yang memberikan pilihan berbeza kepada pengguna. Buat masa ini, Google masih belum mengintegrasikan sepenuhnya kecerdasan buatan pada pelayar web mereka, tetapi terdapat beberapa yang lain yang lebih menekanannya seperti Opera dan Brave dengan akses pantas kepada bot berasaskan kecerdasan buatan.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan beralih kepada pelayar web alternatif lain sekiranya ditawarkan oleh OpenAI?


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply