Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Man City

Pep Guardiola akan kekal sebagai pengurus Manchester City untuk sekurang-kurangnya dua musim lagi selepas 2024-25, selepas dia menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun semalam.

Pengendali berusia 53 tahun itu hampir menamatkan perjanjian bersama City, yang sepatutnya tamat pada akhir kempen ini, namun dia telah memilih untuk kekal di Stadium Etihad.

Perjanjian itu sendiri akan membawa tempoh Guardiola di kelab itu kepada lebih sedekad, menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.

Terdapat cadangan bahawa dia mungkin berhijrah pada akhir musim berikutan pengumuman bahawa pengarah bola sepak, Txiki Begiristain, sedang dalam perjalanan keluar.

Guardiola dikaitkan dengan jawatan England selepas Gareth Southgate meletak jawatan berikutan kekalahan final Euro 2024, namun Persatuan Bola Sepak (FA) melantik Thomas Tuchel bulan lalu.

“Manchester City sangat bermakna bagi saya,” kata Guardiola. 

“Ini adalah musim kesembilan saya di sini; kami telah mengalami begitu banyak masa yang menakjubkan bersama-sama. Saya memiliki kenanga yang sangat istimewa untuk kelab bola sepak ini.

“Itulah sebabnya saya sangat gembira untuk kekal bagi dua musim lagi.

“Terima kasih kepada semua orang kerana terus mempercayai dan menyokong saya — Pemilik, Pengerusi Khaldoon, Ferran, Txiki, pemain dan, sudah tentu, peminat… semua orang terlibat dengan Manchester City. Ia menjadi satu penghormatan, keseronokan dan keistimewaan untuk berada di sini.

“Saya telah berkata ini berkali-kali sebelum ini, tetapi saya mempunyai segala-galanya yang diharapkan oleh pengurus, dan saya sangat menghargainya.

“Semoga kami boleh menambah lebih banyak trofi kepada trofi yang telah kami menangi. Itu akan menjadi tumpuan saya.”


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply