BEKAS pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.
Disebabkan itu, Vermijl mula bekerja sebagai posmen secara separuh masa di negaranya, Belgium.
Vermijl merupakan produk akademi Red Devils, bermain untuk pasukan bawah 18 tahun (B-18) kelab itu sebelum dinaikkan ke pasukan senior pada tahun 2012.
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum dijual ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Kini, dia bermain untuk pasukan amatur divisyen satu Belgium, Thes Sport, sebuah kelab yang disertainya empat tahun lalu.
Menurut Manchester Evening News, Vermijl kini menghabiskan masa antara bermain untuk Thes Sport dan bekerja sebagai posmen.
“Saya sudah muak dengan bola sepak profesional.
“Sebagai posmen pula, saya perlu bangun pada pukul empat pagi.
“Tetapi sekarang saya boleh pulang sekitar tengah hari dan mengambil anak-anak dari sekolah setiap hari,” ujarnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.