Nubia Z70 Ultra ialah tambahan baharu dalam rangkaian peranti milik ZTE. Ia membawakan spesifikasi kelas mercu dalam rekaan yang biasa boleh ditemui pada generasi sebelum ini. Ia juga menjadi pengganti kepada Z60 Ultra tahun lalu dengan beberapa peningkatan utama termasuk cip pemprosesan terkini yang berkuasa.
Nubia Z70 Ultra menggunakan skrin AMOLED BOE 6.85-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2000nits. Ini dipadankan pula dengan kamera swafoto bawah skrin serba baharu di samping sistem imbasan cap jari sejenis optik. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite dengan pilihan memori mencapai 24GB RAM dan storan dalaman 1TB. Selain itu menjalankan Nebula AIOS berasaskan Android 15 yang membawakan pelbagai ciri AI terbina.
Beralih ke sistem kamera, Nubia Z70 Ultra menggunakan sensor 50MP dengan optik 35mm dan sensor IMX906. Ia juga dilengkapi dengan aperature boleh diubah diantara f/1.59 hingga f/4.0. dengan OIS. Selain itu Nubia Z70 Ultra turut disertakan dengan sensor periskop 64MP (70mm) dengan zum optikal 2.7X dan ultra-lebar 50MP (13mm) dengan autofocus. Terdapat juga butang kamera baharu yang boleh ditekan separuh bagi tujuan focus dan tekan penuh pula untuk mengambil gambar.
Ia turut dibekalkan bateri sejenis silicon-karbon 6,150mAh dengan pengecasan pantas 80W. Dalam pada itu menawarkan penarafan kalis air IP69 dan kemampuan komunikasi satelit dua hala. Harga jualan bermula CNY 4,599 (~RM 2,833) (12/256GB) sebuah dengan pilihan warna Starry Night Blue. ZTE juga telah mengesahkan pelancaran global telefon ini pada 26 November.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.