Redmi A4 secara rasminya dilancarkan di India dalam segmen peranti kelas permulaan asas. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 4s Gen 2 dan menjadi pengganti kepada Redmi A3 yang diumumkan pada Februari yang lalu. Melaluinya masih terdapat bonggol kamera kaca bulat dengan dua kamera utama namun direka semula dari segi susunannya.
Redmi A4 dilengkapi dengan skrin LCD HD+ 6.88-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 4s Gen 2, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64/128GB sebagai tunjang utama peranti. Selain itu mempunyai bateri 5160mAh yang boleh dicas melalui pengecasan 18W dan port USB-C. Namun begitu kepala pengecas disediakan menyokong kuasa output sehingga 33W.
Antara ciri lain yang boleh ditemui adalah kamera utama 50MP, swafoto 8MP, kalis air IP52, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara mono. Bagi perisian, ia dikuasai oleh HyperOS berasaskan Android 14 dengan dua tahun kemaskini perisian serta empat tahun keselamatan. Buat masa ini, Redmi masih belum mendedahkan perancangan untuk menjual telefon ini di pasaran lain.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.