Unifi Piala Malaysia: Ramadhan Saifullah pastikan Kuching City bawa pulang bekalan tipis

PENANG 0 KUCHING CITY 1 

Kuching City bakal membawa bekalan tipis ke Borneo menerusi gol tunggal Ramadhan Saifullah Usman untuk menghadapi Penang dalam pertemuan kedua pusingan 16 Unifi Piala Malaysia, minggu depan. 

Kedua-dua pasukan beraksi dalam keadaan padang basah dengan pelawat tampil lebih kemas berbanding tuan rumah di Stadium Bandaraya sebentar tadi. 

Ramadhan menjadi duri dalam daging buat pertahanan Penang menerusi gerakan serangan balasnya — seminit babak pertama berakhir — untuk memastikan barisan kendalian Aidil Sahrin Sahak itu pulang dengan senyuman menerusi kemenangan penting.

Ketua jurulatih baru, Wan Rohaimi Wan Ismail,  menurunkan Syamer Kutty Abba, Nik Akiff Syahiran Nik Mati dan juga Rafael Vitor antara yang menjadi taruhan utama.

Dalam masa, kelibat import Kuching, Moses Atede, hanya kelihatan dalam babak kedua selepas Aidil Sahrin menyenaraikan Tcheche Kipre, Petrus Shitembi, Daniel Amir Norhisham dan juga Yuki Tanigawa dalam barisan utama. 

Beberapa peluang yang dijelmakan pelawat menjadi amaran buat Wan Rohaimi. 

Begitupun, belum ada gol terhasil biarpun perlawanan dikuasai kelab dari Borneo itu dan Harimau Kumbang juga sempat melancarkan asakan cuma tiada penyudah sempurna.

Tempo permainan semakin hangat di atas padang meskipun hujan masih mencurah dari langit. 

Bahkan Penang mempunyai beberapa terhidang yang diilhamkan daripada hantaran pendek berhampiran kotak penalti lawan, namun penyudahnya belum juga berkunjung tiba sebelum wisel penamat ditiupkan. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply