Badminton Remaja Allianz Grand Final: Teoh Sue Mei, Darwisy Al-Qardhawi mulakan misi buru gelaran

Hari pertama Kejohanan Badminton Remaja Allianz Grand Final 2024 menyaksikan wakil perseorangan perempuan Kuala Lumpur kategori B-15, Teoh Sue Mei, langkah kanan selepas mengatasi wakil Selangor, Kiera Wong, dengan straight set.

Set pertama berlangsung menarik apabila Sue Mei diberi tentangan sengit oleh lawannya sebelum menang 22-20 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini. 

Bersambung set kedua, Sue Mei tidak berdepan masalah apabila tenang menguasai gelanggang bagi menutup aksi 21-11.

“Pada awalnya saya tidak dapat beraksi dengan baik, pihak lawan terlalu handal. 

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa, baik ketika serangan dan bertahan. 

“Saya perlu tingkatkan lagi banyak aspek dalam persembahan,” katanya. 

Sementara itu, kategori lelaki B-13 menyaksikan wakil Negeri Sembilan, Muhammad Darwisy Al-Qhardawi Syaharin, mencipta kejutan apabila memenangi dua perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Selepas menewaskan Yeoh Han So dalam aksi di sebelah pagi, pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Seremban, itu meneruskan ketekalannya dengan mengatasi perseorangan Kelantan, Nik Al Amin Azaem Fauzi, dengan straight set.

Darwisy Al-Qardhawi turut meletakkan sasaran untuk mara ke pentas final dalam penampilan terakhirnya bagi kategori itu. 

“Saya tidak menduga kerana anggap peluang adalah 50-50.

“Semestinya saya mahu menjadi juara. Saya kena kerja keras lagi. 

“Untuk melepasi peringkat kumpulan pun belum tentu,” katanya pula. 

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply