Perodua hari ini memeterai kerjasama dengan Gentari – iaitu salah satu penyedia perkhidmatan pengecasan elektrik dan tenaga lestari bawah Petronas. Melalui kerjasama ini, Perodua dilihat dalam persediaan untuk pelancaran kenderaan elektrik mereka yang dijadualkan pada 2025 kelak.
Dibawah kerjasama ini, Gentari akan menyediakan fasiliti pengecas kenderaan elektrik di pusat khidmat Perodua – sekaligus memudahkan proses peralihan pelanggan Perodua ke kenderaan elektrik. Disamping itu, Gentari juga akan menyediakan akses kepada langganan perkhidmatan pengecasan elektrik, penyelesaian pengecasan di rumah pengguna, selain integrasi dengan platform Gentari Go.
Gentari kini mempinyai 175 titik pengecasan DC di seluruh negara, sementara Perodua pula mempunyai 194 pusat jualan, da 209 pusat khidmat di seluruh negara.
Disamping itu, Perodua turut mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat Petronas lain, termasuk Setel – yang akan memperlihatkan integrasi perkhidmatan pembayaran Setel dalam aplikasi Perodua UFirst. Pada masa yang sama, Perodua dan Petronas turut mengumumkan yang mana pusat khidmat Perodua akan dibuka di beberapa stesen Petronas terpilih.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.