Alibaba Menyatukan Bahagian Edagang Termasuk Lazada, Taobao, Dan Tmall Dibawah Satu Bumbung

Alibaba, salah satu syarikat gergasi internet dari China, kini melakukan sedikit penstrukturan pada syarikat, sekaligus memperlihatkan Alibaba mengabungkan semua operasi edagang dibawah satu bahagian khusus.

Bahagian khusus ini akan menyatukan beberapa aset dan platform milik Alibaba, termasuk Taobao, Tmall, Lazada dan juga AliExpress. Bahagian edagang ini akan diterajui oleh Jiang Fan.

Alibaba sendiri dikatakan menghadapi cabaran dalam mengembangkan perniagaan edagang mereka – apatah lagi dengan keadaan ekonomi di China. Disamping itu, mereka turut menerima persaingan oleh TikTok Shop dan juga Temu.

Selain bahagian edagang, Alibaba turut mempunyai sejumlah perkhidmatan perniagaan lain dibawah mereka, termasuk melibatkan khidmat awanan, logistik, dan juga media digital.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply