Unifi Piala Malaysia: Perak mahu langkah kanan di Kelantan Darul Naim

Walaupun pernah menumpaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 1-3 dalam kancah Liga Super, ketua jurulatih Perak, Yusry Che Lah, tidak ingin menjadikan kemenangan itu sebagai kayu pengukur sambil menekankan bahawa Unifi Piala Malaysia adalah pentas berbeza.

Skuad Seladang bakal bertandang ke ke Stadium Sultan Muhammad esok sempena perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia. 

Begitupun, Yusry optimis anak buahnya mampu melakukan kejutan seperti musim lalu sambil menyeru barisannya agar teguh berjuang bagi merealisasikan perkara itu.

“Liga sememangnya berbeza dengan Piala Malaysia. Ini menjadi saingan yang cukup sengit sepertimana yang kami lakukan musim lalu. 

“KDN memerlukan kemenangan, begitu juga kami.  Semua jurulatih menginginkan pasukannya berjaya hingga ke peringkat final. 

“Laluan agak berliku sebagaimana musim lalu — yang sudah menjadi satu sejarah. 

“Dan untuk mengulanginya memerlukan pengorbanan semua pihak,” katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply