Kedah Darul Aman sedia bertemu Kuala Lumpur (KL) City dalam perlawanan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam esok.
Ketua jurulatih, Nafuzi Zain, sudah pun merencana misi membalas dendam selepas kali terakhir tewas 0-5 ke atas The City Boys dalam perlawanan Liga Super September lalu.
“Syafiq Ahmad kembali melaporkan diri selepas bersama pasukan kebangsaan.
“Syafiq mempunyai rehat yang cukup dan jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain, dia lebih bersedia daripada segi latihan dan minit permainan (dengan Harimau Malaya).
“Apabila pemain berlatih dalam keadaan baik, pemain melakukan kerja yang mereka minat iaitu bermain bola sepak.
“Kami faham keadaan pemain, bergantung kepada pemain bukan percaturan jurulatih. Yang penting (kemahuan) pemain itu sendiri. Itu yang penting untuk Kedah,” katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.