Polis siasat pensyarah hina Nabi Muhammad

Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat dakwaan seorang ahli akademik menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu laporan diterima pihaknya pada Rabu.

Katanya, berdasarkan laporan dibuat, pengadu telah mengesan satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik Facabook Dakwah Sunnah II berkaitan individu iaitu pensyarah di sebuah universiti tempatan yang mencetuskan provokasi.

“Hantaran berkenaan memaparkan lelaki berkenaan yang didakwa mengeluarkan kenyataan dengan menghina Nabi Muhammad di dalam program yang dikendalikan oleh individu tersebut.

“Lelaki itu juga dikatakan melakonkan watak Rasulullah sambil membuat mimik wajah dan mengucapkan kata-kata sindiran,” katanya pada Khamis.

Razarudin berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, tular hantaran di Facebook menyatakan ucapan yang diberikan seorang pensyarah telah menimbulkan satu kontroversi yang kononnya berunsur ‘sunnah’ tetapi penuh dengan sindiran biadab.

Menurut hantaran di satu halaman Facebook itu, lelaki berkenaan turut mengeluarkan kenyataan biadab selain dikatakan melakonkan watak Rasulullah sambil membuat mimik wajah yang buruk.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply