Graduan Dedah Konvokesyen ‘All Out’, Ada Bajet Cecah RM3,000!

Konvokesyen ‘All Out’, Bajet Cecah RM3,000, Persiapan Mewah Pelajar IPT!. Hari Konvokesyen adalah detik penuh makna yang dinantikan oleh setiap pelajar universiti, termasuklah para graduan UiTM minggu ini. Dalam usaha untuk kelihatan sempurna pada hari bersejarah tersebut, ramai yang sanggup berbelanja besar  malah ada yang cecah hampir RM1,000, bahkan cecah RM3000!

Dari menyewa jubah, solekan profesional, pakaian elegan, hingga sesi fotografi, semuanya memerlukan kos yang bukan sedikit. Bagi mereka, ini adalah pelaburan untuk merakam kenangan terindah yang hanya datang sekali seumur hidup. Tambahan pula, majlis graduasi bukan sekadar untuk meraikan diri sendiri tetapi juga detik menggembirakan ibu bapa yang telah berkorban demi kejayaan anak-anak mereka.

Walaupun ada suara-suara yang mengatakan perbelanjaan sebegini mungkin berlebihan, bagi para graduan, momen ini sangat berharga. Ia melambangkan titik kejayaan setelah bertahun-tahun berusaha, menempuh cabaran, dan mengorbankan masa serta tenaga. Bak kata mereka, sekali seumur hidup, apa salahnya.

Menerusi perkongsian Instagram yang dipaparkan oleh laman rasmi ERA yang membuat tinjauan bajet mengenai peruntukan perbelanjaan graduasi. Namun pendedahan seorang mahasiswa ini membuatkan ramai teruja dengan memberikan pelbagai komen positif dan sebaliknya.

Dikenali sebagai Naja Zulkeflee, mahasiswa ini dengan jujur dan terbuka berkongsi jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk meraikan hari penuh bermakna dalam hidupnya.

Pastinya bagi Naja Nabihah Zulkeflee, hari graduasi bukan sekadar majlis penyampaian sijil, tetapi detik yang melambangkan kejayaan dan pengorbanan bertahun-tahun. Justeru, beliau memilih untuk menjadikan momen ini lebih istimewa dengan persiapan rapi, mencerminkan rasa syukur dan kegembiraan atas pencapaiannya.

Disebalik jumlah peruntukan yang dibelanjakan rupanya graduan ini bukan calang-calang, dia merupakan seorang pelajar penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) -Kelas Pertama.

“Secara keseluruhannya kurang RM1000, tapi dah kira-kira dalam RM859.00.
“Kira berjimat tu, kalau orang lain mungkin dalam RM3000.” -Naja Zulkeflee

Katanya jumlah peruntukkan itu termasuk baju dan solekan.

“Saya tak nak over sangat. Tapi pada masa yang sama, I nak all out..”

Untuk info, Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ‘selempang pink’ merujuk kepada selempang berwarna merah jambu yang dipakai oleh graduan semasa majlis konvokesyen sebagai tanda penerima Anugerah Naib Canselor (ANC). Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 ke atas sepanjang pengajian mereka. Memakai selempang pink menjadi simbol penghormatan dan pengiktirafan atas usaha gigih serta dedikasi pelajar dalam mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Dalam pada itu, meninjau diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan jumlah perbelanjaan . Ada juga berkongsi pengalaman masing-masing terdahulu.

Apa pun, jumlahnya tepuk dada tanya selera. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Selempang pink, pelajar pandai. Self reward. Tahniah..”

“Dia dapat selempang pink. Dia layak nak berhabis duit untuk convo. Penat belajar sungguh-sungguh. Mesti la kena celebrate. Congrats, sis!.”

“Zmn acik, 2009 2012 Baju pakai baju raya mak ayh beli.. pakai day cream, bedak pink silky white, lip balm dgn silkygirl eyeliner.”

“Selempang pink, pelajar pandai. Self reward. Tahniah..”

Apa pun dari menyewa jubah, solekan profesional, pakaian elegan, hingga sesi fotografi, semuanya memerlukan kos yang bukan sedikit. Bagi mereka, ini adalah pelaburan untuk merakam kenangan terindah yang hanya datang sekali seumur hidup. Tambahan pula, majlis graduasi bukan sekadar untuk meraikan diri sendiri tetapi juga detik menggembirakan ibu bapa yang telah berkorban demi kejayaan anak-anak mereka.

Walaupun ada suara-suara yang mengatakan perbelanjaan sebegini mungkin berlebihan, bagi para graduan, momen ini sangat berharga. Ia melambangkan titik kejayaan setelah bertahun-tahun berusaha, menempuh cabaran, dan mengorbankan masa serta tenaga.

Buat semua graduan UiTM minggu ini, tahniah diucapkan! Anda bukan sahaja membanggakan diri sendiri tetapi juga keluarga dan insan-insan yang menyokong anda dari awal hingga kini. Semoga perjalanan seterusnya akan terus membawa kejayaan yang lebih besar. Ingatlah, graduasi ini bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada langkah lebih besar di masa depan.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply