Unifi Piala Malaysia: Pemain import naturalisasi Bahrain tetap wakili Kuching City selepas dua hari lawan Australia

Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, tetap menagih khidmat Moses Atede walaupun pemain tengah importnya itu hanya akan tiba di Malaysia pada hari perlawanan menentang Penang, malam ini. 

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali dari Singapura itu mengesahkan Atede tetap disenaraikan walaupun terlepas menyertai persiapan pasukan menjelang perlawanan pertama Piala Malaysia di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Atede merupakan tonggak utama The Cats sejak ditandatangani dalam jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia, Ogos lalu.

Bagaimanapun, pemain naturalisasi Bahrain itu yang  memainkan peranan penting di bahagian tengah mempunyai tugasan negara untuk kelayakan Piala Dunia.

Atede mengharungi dua perlawanan bertemu China dan Australia dengan aksi menentang skuad Socceroos berlangsung dua hari lalu.
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply