Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Ernie Zakri yang baru sahaja menerima pengiktirafan di SCTV Awards 2024, di Jakarta Indonesia, pada malam Rabu menerusi lagu Masing-Masing.
Karya hasil ciptaan komposer dan pemuzik Indonesia, Ade Govinda itu mengungguli kategori Soundtrack Sinetron Paling Ngetop.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aishah Omar, 42, menyifatkan Ernie sebagai duta baru industri muzik yang memiliki suara dan jiwa besar.
“Congratulations Ernie, Kak Mitch is so proud of you. Hati kak Mitch tersenyum berbunga-bunga tengok gambar ni.
“Akhirnya ada duta baru untuk industri muzik kita yang comel. Kecil je orangnya, tapi punya suara dan jiwa besar,” kongsi Misha.
Dedikasi tersebut diluahkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi Instagram Story miliknya, pada Khamis.
Misha juga percaya pencapaian Ernie mampu membuka jalan untuk mengangkat muzik artis Malaysia ke peringkat serantau.
“Mudah-mudahan ini juga penggerak untuk mengajak pendengar-pendengar dari Seberang untuk dengar juga katalog muzik penyanyi negara kita yang lain, dik!
“Semoga terus mengukir nama di persada muzik Malaysia & Asia! I love you!” tulisnya lagi.
Terdahulu, berita mengenai kejayaan tersebut pantas menerima perhatian peminat di negara ini yang sama-sama menitipkan ucapan tahniah atas kemenangan yang diterima naskhah berkenaan.
Malah suami kepada Ernie yang juga penyanyi, Syamel juga meninggalkan reaksi di ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kepada isteri tersayang.
Selain Syamel antara rakan artis yang turut sama memberikan komen termasuk penyanyi Shah Eranz, Putera Muhammad dan ibu saudaranya, Ziana Zain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.