Harimau Malaya: Apa akan berlaku 15 Disember ini?

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik satu pelan mengenai struktur terbaru pasukan Harimau Malaya menerusi Intagramnya, semalam.

Hantaran tersebut sedikit-sebanyak memberi bayangan mengenai evolusi baru skuad negara yang lebih rapi, termasuk beberapa penambahbaikan akan berlaku.

Paparan itu menunjukkan carta organisasi yang lebih teratur dan tersusun demi melihat skuad negara lebih berdaya saing dengan pasukan lain.

Posisi jurulatih menjadi tanda tanya susulan spekulasi perpindahan Nafuzi Zain ke skuad B-23 tahun negara selain kemungkinan kehadiran semula Tan Cheng Hoe turut menjadi khabar angin.
 

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor itu disebut-sebut sebagai individu yang akan mengambil alih kepimpinan baru badan induk, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seterusnya memimpin organisasi itu ke arah lebih maju.

Begitupun, terdapat desas-desus mengatakan Harimau Malaya akan dirombak dan satu projek baru akan berlaku.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, menyifatkan tiada masalah untuk Harimau Malaya diselenggara oleh satu entiti luar tetapi ia harus kekal sebagai projek di bawah naungan FAM.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta agar FAM menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi bagi menjamin peningkatan skuad bola sepak kebangsaan.

Tuntutan itu dikemukakan susulan komitmen pihak Kerajaan yang menyalurkan peruntukan RM15 juta daripada Belanjawan 2025 bagi memperkasakan skuad bola sepak negara dan pasukan B-23 negara.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply