Masters China: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pamer kebangkitan untuk ke suku akhir

Gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sekali lagi berdepan halangan sukar sebelum mengesahkan tempat di suku akhir Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.

Pilihan keempat kejohanan itu terpaksa menunggu sehingga 65 minit dalam pertempuran rubber set menewaskan pasangan di ranking ke-17 dunia, Thom Gicquel-Delphine Delrue, dalam kejohanan bertaraf super 750 itu.

Pertembungan kali keempat itu menyaksikan wakil negara terlebih dahulu tewas di set pertama 14-21 apabila membenarkan lawan dari Perancis itu mengambil kesempatan atas kesilapan dalam gelanggang.

 

Begitupun, kebangkitan segera dipamerkan Tang Jie-Ee Wei sambil menerima tentangan sengit menuju mata akhir. Mujurnya mereka berjaya menemui 23-21 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Memasuki set terakhir, gandingan ranking ke-10 dunia berkenaan mudah mendominasi set ketiga dengan tidak memebri peluang pihak lawan mengutip mata. Keputusan akhir 21-8 menutup aksi pusingan 16 itu. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply