Isteri pelakon senior Harun Hashim meninggal dunia. Salam takziah buat pelakon senior Harun Hashim yang baru saja kehilangan isteri.
Isteri pelakon Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi, hari ini. Perkara ini disahkan Harun seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Isteri Pelakon Senior Harun Hashim Meninggal Dunia
Harun memberitahu dirinya reda dengan pemergian isteri kesa
“Saya sedang baca surah Yasin di sisi isteri. Kemudian saya keluar sekejap apabila doktor dan jururawat datang. Mereka kemudian sahkan isteri dah tiada.
“Saya reda dengan kematian isteri dan terima ketentuan Allah,” ungkapnya.
Arwah Isteri Hidap Kanser Payudara Tahap Empat
Untuk pengetahuan, Sakinah, 48, dimasukkan ke hospital terbabit apabila tiba-tiba mengadu sesak nafas semasa kunjungan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez di rumah mereka di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Jumaat lalu.
Sakinah kemudian segera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Doktor kemudian mengesahkan Sakinah menghidap kanser payudara tahap empat. Keadaannya kritikal dan terpaksa ditidurkan.
Sebelum ini Harun memberitahu doktor tidak jadi membuat ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) kerana keadaan kanser Sakinah sudah merebak teruk.
“Apa yang doktor boleh buat cuma untuk lancarkan pernafasannya saja,” luahnya.
Jenazah Allahyarhamah Sakinah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Setia, Jeram, hari ini.
Sumber : Harian Metro
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.