Bekas pemenang Piala Dunia menggesa supaya Kyllian Mbappe meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi jika mahu menjadi seperti Cristiano Ronaldo di Real Madrid.
Persembahan bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) bertukar malang susulan tidak mencapai tahap optimum tatkala sekadar menjaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan merentasi semua pertandingan.
“Dia perlu bekerja lebih keras di Sepanyol. Dia masih boleh berkembang dan menjadi lebih hebat.
“Saya harap Mbappe mengikuti laluan Cristiano Ronaldo tetapi masih awal untuk dibandingkan,” kata Vincent Candela.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.