Kelayakan Piala Dunia 2026: Tidak puas hati, kapten Peru berang pengadil ‘tolong’ Messi

Peru meluahkan hasrat tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang seakan berat sebelah ketika tewas kepada Argentina 0-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, semalam.

Ketua skuad Peru, Paolo Guerrero mengecam tindakan pengadil permainan sebagai layanan tidak adil apabila kerap membuat keputusan tidak masuk akal terhadap pasukannya. 

Guerrero menganggap pengadil tidak membuat keputusan konsisten tatkala melibatkan pasukan Argentina khususnya pemain terbaik dunia, Lionel Messi.

 

“Pengadil sering memberi tekanan kepada kami tetapi tiada satu pun kesalahan kepada pihak lawan.

“Sekiranya kamu menyentuh walaupun dengan satu jari terhadap Messi, kamu akan dihukum setiap masa,” luahnya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply