Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan Jertih

Polis dan agensi penyelamat sedang mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan Jertih. Foto Polis

BESUT – Polis dan agensi penyelamat sedang mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan Jertih di sini dalam kejadian petang Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Kita belum dapat mengenal pasti identiti mangsa. Buat masa ini individu terbabit hanya diketahui sebagai seorang lelaki.

“Kejadian itu telah dilihat oleh pengguna jalan raya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya di sini pada Khamis.

Operasi SAR mangsa telah dilakukan oleh pasukan penyelamat bermula jam 5.30 petang Rabu. Foto Polis

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dilakukan oleh pasukan penyelamat bermula jam 5.30 petang pada Rabu.

“Operasi mengesan lelaki berkenaan melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan,” ujar beliau.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply