Keterujaan Siti Nurhaliza dalam sukan tinju beri semangat kepada Adli Goldenboy

Peninju profesional negara, Adli Hafidz, menerima suntikan semangat daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin, terhadap perkembangan dunia sukan tinju.

Peninju kelahiran Johor itu mencipta kemahsyhuran apabila menundukkan wakil tuan rumah, Prachak Porkha, dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa di Bangkok, bulan lalu.

Pertemuan bersama itu mencuri tumpuan apabila Tokti juga merupakan peminat sukan tempur tersebut sambil mengagumi pencapaian Adli Goldenboy meraih kejayaan dalam pertarungan middleweight.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adli Goldenboy (@adligoldenboy)

Biduanita ketiga negara itu juga merupakan antara tulang belakang dalam usaha mencungkil bakat muda menerusi pertarungan merebut gelaran Tali pinggang SitiNurhaliza dalam cabaran Kuda Merah Muay Thai 2024, Februari lalu.

“Salah satu sukan yang menjadi ikutan ramai di luar negara.

“Adli merupakan seorang ‘fighter’ negara kita yang berjuang di luar negara.

 

“Semoga impiannya menjadi kenyataan,” kata penyanyi tersohor negara itu.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply