IShowSpeed yakin mampu tewaskan Jake Paul

Personaliti internet dan pencipta kandungan terkenal dunia, Darren Jason Watkins Jr, atau lebih dikenali sebagai IShowSpeed, yakin terhadap kemampuannya menumbangkan Jake Paul.

Sebelum ini, pempengaruh yang bertukar karier kepada petinju itu telah menewaskan legenda dunia, Mike Tyson, hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, perlawanan lapan pusingan untuk berakhir dengan kedua-dua pasukan kekal berdiri di atas gelanggang dengan mereka saling menghormati selepas loceng dibunyikan bagi menandakan perlawanan berakhir.

 

Kini, giliran IShowSpeed pula mahu berkongsi gelanggang bersama Jake Paul untuk beradu kekuatan di antara kedua-dua individu popular tersebut.

“Apa yang saya perlukan ialah latihan selama enam bulan, dan saya akan menewaskan mana-mana petinju di dunia ini,” kata IShowSpeed.

Dia juga mendedahkan bahawa dia melihat secara teliti kelemahan dalam pertarungan Jake.
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply