Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, terkesima melihat perjuangan penyokong Palestin sambil mengagumi semangat juang pasukan itu yang menawarkan penganjaran berguna buat Korea Selatan.

Pemain berusia 32 tahun itu memuji ketabahan skuad Palestin masih mampu mempamerkan persembahan terbaik meskipun tidak beraksi di laman sendiri sebaliknya perlu menggunakan gelanggang neutral di negara lain.

Meskipun bermain sambil mengingati perkara yang terjadi di tanah air khususnya konflik yang berlaku akibat negara haram, Israel, yang terus melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin, sokongan peminat yang hadir menyentuh perasaan Son tatkala tetap datang memberi sokongan kepada Palestin.

“Saya memuji ketabahan mereka,” kata Son mengenai Palestin yang terpaksa bermain di stadium berkecuali ekoran faktor keselamatan negara mereka.

 

“Saya rasa itu adalah sesuatu yang patut dipelajari oleh kami,” tambahnya.

Ketua pasukan Korea Selatan menepuk tangan sebagai tanda terharu kepada penyokong Palestin selepas tamat perlawanan peringkat ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 itu.
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply