Wong Weng Son puas harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Jaguh wushu negara, Wong Weng Son, berasa puas untuk bersara pada usia 32 tahun memandang dia sudah mengecapi pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa.

Jelas juara dunia dua kali itu, dia belum memikirkan lagi soal perancangan masa depannya sebaliknya mahu menikmati tempoh persaraan bersama keluarga.

Sepanjang 16 tahun berkecimpung dalam arena wushu, Weng Son telah menempa pelbagai kenangan manis dan antaranya dua pingat emas Kejohanan Dunia, empat emas Piala Dunia selain satu emas Kejohanan Asia.

“Saya terharu dengan pencapaian sepanjang karier ini. 

“Saya pada asalnya hanya sasarkan pingat sahaja ketika memenangi emas Taolo Piala Dunia di Yokohama, Jepun, bulan lalu.

“Saya memang sudah rancang akan bersara sejak Tahun Baru Cina 2023 lagi.

“Saya sudah fikir dengan teliti bahawa memang sudah tiba masa untuk bersara, ” katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Dalam perkembangan sama, Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt, menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan anak buahnya itu. 

Kim Faat percaya adalah tidak mustahil untuk badan induk itu melahirkan lebih ramai jaguh dunia seperti Weng Son.

“Jikalau KBS dan MSN terus tambah geran untuk program kami dan menjalinkan kerjasama dengan lebih erat.

“Kami memiliki beberapa pelapis dan ada atlet yang akan bersara dalam tempoh empat tahun lagi, inilah masanya untuk kita cari bakat,” katanya pula. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply