Unifi Piala Malaysia: Hatrik Heberty hukum KL Rovers

KL ROVERS 0 JDT 3 

Jagoan berstatus Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT), tiada masalah untuk membawa bekalan selesa dengan menundukkan Kuala Lumpur (KL) Rovers 3-0 ketika memulakan misi mempertahankan gelaran Unifi Piala Malaysia, sebentar tadi. 

Kerapuhan benteng pertahanan KL Rovers selaku tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bertahan hingga 27 minit sebelum gawang mereka bergegar dengan sepakan percuma yang disempurnakan Heberty Fernandes dan tiga minit kemudian, dia melakukan satu sepakan gunting untuk menjadikan kedudukan 2-0. 

Ramalan awal untuk melihat KL Rovers yang sedang menghadapi masalah gaji dibelasah teruk tampak meleset apabila menyukarkan gerakan Harimau Selatan.

Namun, Heberty sekali lagi muncul wira menerusi ledakan hatriknya dari luar kotak penalti untuk membawa bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik, Sabtu depan. 
 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply