Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, mengakui masih tercari-cari rentak sebenarnya selepas langkahnya dinafikan seawal pusingan pertama Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.
Dia akur bergelut untuk mengimbangi permainan pencabarnya dari India, Lakhsya Sen, di sebalik tentangan yang dijelmakan hingga menarik permainan kepada tiga set, 14-21, 21-13, 13-21.
“Lakshya bermain dengan sangat baik. Kepantasan saya masih belum cukup.
“Lakshya played very well. I feel my speed isn’t quite picking up.”
“I’m very grateful for the audience’s support, but unfortunately, I couldn’t secure a win.”-??Malaysia’s Lee Zii Jia after his 21-14 13-21 21-13 loss to ??Lakshya Sen#ChinaMasters2024 #Badminton #BWFWorldTour pic.twitter.com/fgIWAR8dgz
— CGTN Sports Scene (@CGTNSportsScene) November 20, 2024
“Saya berbesar hati dengan sokongna diberikan penonton tetapi malangnya saya gagal mengesahkan kemenangan,” katanya.
Bagi Lakhsya Sen pula, “Tidak banyak tekanan ditanggung kami pada hari ini.
“Kami bermain secara bebas.
“Bagi saya, ini adalah satu kejayaan membalas dendam kekalahan dalam Olimpik Paris.”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.