Industri sukan tari negara terus mencuri tumpuan dunia menerusi kelibat Cherry Yeo, yang tidak menghampakan selepas sekali lagi bergelar juara dalam Siri Terbuka Persekutuan Sukan Tari Dunia (WDSF) di Macedonia bulan lalu.
Cherry, yang bertanding dalam kategori Solo Latin dewasa, mencuri perhatian juri dengan lenggok pinggulnya untuk menewaskan 28 atlet lain dengan pungutan mata keseluruhan 150.
Kemaskini mata ranking menyaksikan juara Piala Dunia 2024 di Serbia pada Oktober lalu itu melonjak ke tangga teratas dengan himpunan 820 mata.
Ia bukanlah satu tugas mudah untuk berada di persada dunia, bahkan banyak dugaan perlu dilalui penari berusia 19 tahun berkenaan.
“Cabaran terhebat saya untuk kejohanan ini ialah saya kehilangan bagasi kerana waktu transit di antara penerbangan pertama dan kedua amat singkat,” katanya seperti yang dilaporkan Astro Arena.
“Saya tidak menerima bagasi saya pada waktu sepatutnya. Saya berada dalam keadaan sangat panik dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana tiada apa bersama saya.
“Mujur seragam dan kasut ada di tangan saya ketika itu dan saya juga ada rakan di sini, jadi dia meminjamkan beberapa keperluan yang saya perlukan.
“Kemudian kami ke pusat membeli-belah untuk mendapatkan keperluan lain.
“Selain itu, jadual saya sebagai seorang pelajar sebuah akademi di London juga amat padat dan memenatkan, saya ada pembelajaran dari 8.30 pagi hingga 7.00 petang tetapi saya mencuba untuk mencuri masa bagi latihan saya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.