Banyak kelebihan susu segar. Susu segar mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisma serta fungsi enzim dan tiroid. Susu segar diperkaya dengan kalsium dan protein adalah sumber yang terbaik untuk menjaga kesihatan tulang.
“Anak-anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun”
Berkongsi tentang pilihan susu untuk seisi keluarga, Dr Syah Musafir ada cerita menarik di akaun facebooknya. Semoga memberi manfaat untuk semua ibu ayah dan ini perkongsiannya;
“Banyaknya beli susu?” tanya staf Mydin yang bantu saya angkatkan kotak susu ke dalam troli.
“Anak-anak minum susu ini… Beli banyak lebih jimat,” jawab saya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.
Artikel lain: Susu Penuh Krim Atau Susu Segar, Mana Satu Pilihan Buat Si Kecil? Ini Tip Dari Pakar Untuk Mama Papa Pilih Yang Terbaik!
Kredit foto: Pexels
Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar
Anak-anak minum susu segar UHT
Selepas ‘lepas susu’ pada usia 2 tahun, anak-anak kami dibiasakan minum susu segar UHT. Daripada 4 orang anak, hanya 1 orang sahaja yang minum susu formula. Jadi saya terbiasa mencari/survey harga susu.
Jika di Australia dulu, 1 liter susu Devondale dijual dengan harga AUD$1 ada masanya 90sen saja, di Malaysia ini harga RM6 dikira murah. Di Shopee pun biasa dijual dengan harga begini juga. Kedai runcit tak jual pula jenama ini.
Kredit foto: Pexels
Kebanyakan masa saya kena beli susu Dutch Lady yang paling mudah dijumpai di kedai atau pasaraya, biasa dijual pada harga lebih kurang RM5.80 sekotak jika beli sedozen. Kalau beli di kedai runcit atau mart, biasa lebih RM6.30 harganya.
Elok ke beri anak-anak minum susu segar/UHT?
Ya, sangat elok. Tiada gula tambahan seperti mana susu formula. Dan disebabkan anak-anak minum menerusi gelas, bukan dengan botol susu/puting, gigi jadi elok. Alhamdulillah.
Khasiat?
Ya, berkhasiat. Semula jadi. Kenyang pun kenyang. Syaratnya beli penuh krim (full cream) ye. Saya kalau buat kopi, teh atau minuman coklat, saya guna susu segar UHT. Tak guna susu pekat manis. Cubalah.
Sumber: Syahr Musafir
Baca lagi: Susu Tepung Atau Susu Segar Yang Lebih Baik? Ramai Yang Keliru Dengan Kandungan Nutrisinya
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.