Kerja memasak kalau boleh semuanya kena permudahkan, supaya jimat masa dan tenaga. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan pes.
Bagi yang suka menggulai, boleh buat sendiri pes gulai ikan perkongsian Zaini Talib. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
Kari ikan termenung yang dimasak menggunakan pes ini.
Kari ikan tenggiri
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto : Zaini Talib
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.