Baru Beli Yaris, Qistina Raisah Tak Pernah Sekali Pun Rasa Malu 10 Tahun Naik Exora – “Inilah Kereta Susah Senang Saya.”

Selepas meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kereta jenis Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri, pelakon remaja, Qistina Raisah mengenang memori bersama kereta lama yang sering dipandu ibu yang juga pengurusnya, Roszana Aminuddin.

Menurut Qistina, hampir sedekad ibunya memandu kenderaan jenis Proton Exora itu, membawanya ke lokasi penggambaran sejak dulu sehingga kini.

“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.

“Saya berjaya ke tahap ni dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan Kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga.

“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri,” katanya menerusi hantaran terkini yang dimuat naiknya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Real Qistina Raisah (@qistinaraisah08)

Bintang ini pada masa sama turut menitipkan dedikasi kepada kedua orang tuanya atas pencapaian peribadi yang diraih pada usia muda.

“Terima kasih abah permudahkan urusan Qis beli kereta. Terima kasih ibu sentiasa sokong Qis,” tulisnya lagi. 

Perkongsian berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 15,000 tanda suka di kalangan warganet dan disusuli dengan ratusan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply