Rookie Los Angeles Lakers, Dalton Knetch, terus tunjuk taring untuk menjadi pejaring terbanyak perlawanan berdepan Utah Jazz dalam saingan peringkat kumpulan Piala NBA awal pagi tadi, sekali gus membantu Lakers kekal dalam ‘winning streak’ buat kali keenam.
New rookie scoring record: DALTON KNECHT pic.twitter.com/u46BuXNQZJ
— Los Angeles Lakers (@Lakers) November 20, 2024
Lebih menakjubkan, dia juga mencatat 37 mata, sekali gus merekodkan mata rookie tertinggi untuk musim ini, juga rekod 3 pointers tertinggi dalam kalangan rookie, iaitu sebanyak sembilan kali dalam satu perlawanan.
Bayangkan saja dalam masa 2 minit suku ketiga, Dalton melakukan empat jaringan 3 pointers dan itu menjadikan rakan sepasukan juga seluruh penonton di Crypto.com Arena berdiri dan bersorak termasuklah Lebron James!
DALTON KNECHT IS SCORCHING ??
4 triples in a two minute span… LeBron is LOVING IT. ? pic.twitter.com/7ACsTcqufj
— NBA (@NBA) November 20, 2024
Jika pada awalnya rata-rata memberikan perhatian dan focus buat anak Lebron, Bronny James, kini dengan konsistensi jaringan dan prestasi yang ditonjolkan Dalton, lebih lebih lagi dalam tiga perlawanan sebelum ini, cukup membuktikan yang dia juga merupakan seorang ‘rookie to watch’ musim ini, yang mampu memberi impak kepada pasukan.
Sementara itu, dalam perlawanan ini, pemain berpengalaman, Lebron James dan Anthony Davis, masing-masing mencatatkan 26 mata untuk turut membantu Lakers dengan keputusan akhir 124 berbalas 118 memihak mereka. Selepas ini, Lakers akan berdepan Orlando Magic pada 22 November.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.