Legenda Arab Saudi, Fahad Al-Harifi, mengkiritk pemain Al-Akhdar selepas kekalahan mengejut 0-2 di tangan Indonesia dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Ia adalah kekalahan pertama Al-Akhdar kepada Indonesia sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan itu dalam semua kejohanan.
Kekalahan itu juga menyaksikan laluan Arab Saudi dalam saingan Kumpulan C kian rumit dengan mereka kini menduduki tangga keempat dengan enam mata daripada enam perlawanan.
Mengulas mengenai kekalahan itu, Al-Harifi berkata Sports Scoop: “Hari ini maruah pasukan kebangsaan Saudi sudah musnah sebaik perlawanan dimulakan.
“Jelas pemain tidak membuat persiapan secara psikologi untuk perlawanan ini seperti yang sepatutnya. Jelas terdapat kesilapan pentadbiran dan mengapa Hussein Sadiq dan Mohamed Amin kekal di posisi mereka?
“Pembentukan itu pelik sejak awal perlawanan. Kita kehilangan dua pemain sejak awal. Mohammed Al-Qahtani bermain sebagai pemain sayap kanan dan Marwan Al-Sahafi bermain di sebelah kiri dan kita tidak mendapat manfaat daripada salah seorang mereka.
“Al-Qahtani pemain yang bagus dan mempunyai masa depan tetapi dia tidak boleh memulakan perlawanan seperti ini.
“Ia sepatutnya membawa perubahan lengkap untuk pasukan kebangsaan Saudi selepas Piala Asia tetapi kita dikalahkan oleh beberapa pasukan buat kali pertama dalam sejarah kita.
“Kita berharap untuk mencapai kemenangan hari ini tetapi malangnya, terdapat masalah pentadbiran dalam pasukan. Pemain sibuk dengan Snapchat dan terlupa bahawa mereka sedang dalam misi kebangsaan.
“Hari ini, semua pemain beraksi buruk kecuali penjaga gol, Ahmed Al-Kassar. Jika bukan kerana dia, keputusan perlawanan ini sudah ditentukan lebih awal,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.