Perjalanan gandingan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berakhir seawal pusingan 32 dalam saingan Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.
Pilihan kedua kejohanan yang juga merupakan wakil tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, memerlukan 40 minit untuk mengakhiri cabaran pasangan di ranking ke-18 dunia itu dengan kemenangan straight set 21-18, 21-11.
Sementara itu, skrip berbeza buat satu lagi wakil sektor beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, yang meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya menyingkirkan lawan daripada Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh.
RESULTS: #ChinaMasters2024
R32#MAS?? Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin def. #TPE Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-17 21-12
⏱️ 31 m#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/ycXfM01bC2
— BAM (@BA_Malaysia) November 20, 2024
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.