Legenda bola sepak Itali, Gianluigi Buffon, menyuarakan keyakinannya terhadap kehebatan Neymar Santos Junior yang sepatutnya sudah merangkul anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali berdasarkan kualiti permainannya yang luar biasa semasa di Paris Saint-Germain (PSG) pada musim 2018-2019.
Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai PSG pada 2017 dengan daripada Barcelona, tetapi gagal membawa kelab Perancis itu merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama.
Selepas itu, Neymar berpindah ke Al-Hilal di Arab Saudi tetapi kurang beraksi akibat masalah kecederaan. Kini, dia kembali ke bangku simpanan kerana kecederaan hamstring, hanya beberapa bulan selepas pulih daripada kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) yang memaksanya berehat selama setahun.
Pemain berusia 32 tahun itu, dijangka mencapai kejayaan besar apabila dia berpindah ke Eropah daripada Santos, mempunyai karier yang cemerlang, terutama di Barcelona tetapi tidak pernah memenangi Ballon d’Or.
Hal ini menjadi sesuatu yang mengecewakan bagi bekas rakan sepasukannya, Gianluigi Buffon.
“Sukar untuk memilih pesaing,” kata Buffon.
“Saya telah bermain menentang tiga generasi: Zinedine Zidane, Ronaldo, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Andres Iniesta. Pilihan saya? Neymar.”
“Sebagai pemain, dia sepatutnya memenangi lima Ballon d’Or.” katanya
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.